Tuesday, 25 October 2011

LOGO ALUMNI

OBJEKTIF DAN TUJUAN PENUBUHAN

Objektif Penubuhan Alumni
Menghargai jasa dan sumbangan yang penuh bermakna kepada pihak MAAHAD PONTIAN yang merangkumi tenaga pengajar, pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah, pekerja-pekerja am dan masyarakat setempat yang sehingga kini masih tidak jemu-jemu meneruskan perjuangan dan memartabatkan anak didiknya mencapai kecemerlangan dalam semua bidang

Tujuan Penubuhan Alumni

• Memupuk perasaan persaudaraan dan muhibbah, sesama bekas pelajar Sekolah.
• Merapatkan lagi perhubungan antara bekas pelajar dengan pihak Sekolah dan dengan guru.
• Mengadakan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan, pelajaran dan rekreasi.
• Mengatur, merancang dan/atau mengambil bahagian di dalam projek-projek  kemasyarakatan.
• Memberi pertolongan kepada pelajar-pelajar Sekolah untuk meningkatkan kebajikan pelajaran.
• Mempereratkan lagi perhubungan ibubapa pelajar dan bekas pelajar dengan pihak sekolah.
• Memelihara dan mengembangkan kepentingan dan kemakmuran Sekolah dan meninggikan mutunya dalam semua bidang terutama dari segi pembelajaran, sukan dan Agama Islam.
• Menganjurkan rancangan-rancangan dan kegiatan bagi memungut derma untuk mencapai matlamat-matlamat Persatuan.